PUNCAK BUKIT KLEDANG IPOH

Friday 15 May 2009

SELAMAT HARI GURU

LUAHAN HATI SEORANG GURU
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Setiap tahun pada 16 hb Mei maka inilah hari yang disambut oleh semua guru sempena Hari Guru. Tahun ini Hari Guru yang ke 38 adalah bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa. Profesion Perguruan kalau dulu dianggap sebagai Low Class. Tapi sekarang? Anda semua yang boleh tafsirkan.
Sayapun seorang guru. Alhamdlillah tahun ini berganjak satu lagi Gred dari yang lama ke Gred yang baru. Sedar tak sedar dah hampir 12 tahun saya bertugas mendidik anak-anak disekitar daerah Batu Gajah ini. Bukannya kami para guru mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak didik kami. Bukannya kami mengharapkan hadiah daripada para pelajar pada hari guru. Bagi kami, kami hanya mengharapkan kejayaan berpihak pada anak-anak didik kami. Sesetengah orang mengatakan tugas guru agak senang. Masuk pagi keluar lebih kurang pukul 1 petang. Anda semua tak merasa sebagaimana kami rasa.Setiap pekerjaan ada beban tugas masing-masing.
Kami bertungkus lumus mendidik para pelajar supaya berjaya tapi adakalanya kami disalahkan walaupun bukan kami yang buat sesuatu ke atas para pelajar. Sayapun hairan kenapa sekarang kebanyakan ibu bapa terlalu manja dan percayakan anak-anak sekiranya anak-anak mengadu sesuatu perkara tentang guru. Kenapa ibu bapa sekarang cepat sangat melenting. Kalau kita renung semula zaman persekolahan kita sekitar tahun 90an ke bawah, sekiranya anak-anak mengadu dipukul oleh guru kerana melakukan sesuatu kesalahan, bukan guru yang dimarah, bukan guru yang dipukul dan bukan guru yang disaman, sebaliknya anak-anak yang dimarah. Silap hari bulan kena ”tibai” lagi oleh ibu bapa kat rumah. Tapi sekarang, apabila timbul satu-satu masalah kat sekolah, guru yang dipersalahkan. Mana kami nak perhatikan semua pelajar di dalam kelas. Sikap anak-anak sebenarnya bukan bermula masalahnya dari sekolah, tapi dari rumah. Sebab itu Nabi Muhammad bersada yang bermaksud ”SETIAP BAYI ITU DILAHIRKAN BERSIH SEPERTI KAIN YANG PUTIH. IBUBAPANYALAH YANG MENCORAKKAN BAYI TERSEBUT SAMADA MENJADI YAHUDI, NASRANI ATAU MAJUSI”
Memang tak dapat dinafikan bukan semua guru adalah perfect. Ada juga segelintir guru yang menjatuhkan maruah profesion guru lain. Itu hanya sebahagian kecil. Jangan disebabkan sebahagian kecil yang membuat salah kami yang lainpun dipersalahkan juga. Apapun............
>SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2009<
"Guru Pembina Negara Bangsa"

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP