PUNCAK BUKIT KLEDANG IPOH

Wednesday 19 August 2009

BERHATI-HATI BILA QSO

Terlebih dahulu kemaafan dipinta seandainya coretan ini mengguris mana-mana hati. Terimalah pandangan saya ini sebagai satu nasihat untuk kita renungi bersama dan kalau tak boleh terima abaikan saja.
Terdengar satu pebualan di simplex..... diantara 2 rakan HAM. Semuanya ok bila QSO, tapi bila sampai satu bahagian itu yang membuatkan saya mencelah masuk. Maafkan saya kerana masuk semasa anda QSO secara kurang ajar. Kalau anda katakan cara saya itu salah, memang saya akui kesilapan saya. Sayapun baru dalam HAM radio ini, cuma lama sikit daripada anda. Tapi bila salah seorang rakan itu memburukkan rakan-rakan di simplex..... dan repeater..... itu yang membuatkan saya masuk secara melulu. Bila kita qso bukan saya seorang saja yang monitor, bahkan mungkin ramai yang monitor. Anda hendak memuji rakan-rakan disimplex..... itu tak menjadi masalah. Tapi bila anda menghentam secara umum rakan-rakan disimplex.... dan repeater.... itu yang menjadi masalah. Walaupun anda mengatakan itu pendapat peribadi anda, tapi janganlah mention simplex... dan repeater.... secara terang-terangan. Bukan tak ada cara untuk anda menyatakan ketidakpuasanhati anda. Anda boleh gunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan orang lain. Ingat! Ramai antara rakan-rakan Ham yang suka scan frekuensi. Kalau anda tak suka pada seseorang jangan libatkan orang lain secara umum. Jadi, nasihat saya tolong berhati-hati bila anda qso supaya tidak ada lagi hati-hati lain yang terguris

6 comments:

Anonymous,  19 August 2009 at 22:43  

Yez,mohon maaf jika teman yg terlanjur tu..byk perlu belajar lagi..Tahniah kayuhan beramai2...

9W2DFA 19 August 2009 at 23:37  

mike tak terlibatpun.jgn risau

9W2IPT 20 August 2009 at 03:07  

Saya berpendapat Apa yang Utz katakan itu amat saya setujui sekali..

Untuk makluman, saya sekarang dah ada 2 binjul di dahi ini.. akibat perbuatan kawan2 di ..... udara.

Di .... bukanlah tempatnya kita nak tunjuk bijak drp org lain dan ada keadah yang lebih baik untuk menegur.

BlogAdmin 20 August 2009 at 10:21  

Itu sebab pengendali simplex & repeater mesti asuh rakan-rakan baru dalam tatacara QSO diudara. Do & Don't. Memang rasa tidak puashati itu kadangkala wujud kerana lidah tidak bertulang tapi boleh diselesaikan dengan cara bertentang mata.
Paling teruk kalau perbualan itu dirakam. Ini kes memang dah ada..kan ustaz?

9W2DFA 20 August 2009 at 10:50  

betul tu blogadmin. sbnrnya saya dah banyak pengalaman dlm benda2 ni. kena rakam and so on.jadi kita tak mahu kawan2 lain terkena.yg dulu tu kita jadikan pengajaran dan pengalaman utk rakan2 baru

BlogAdmin 20 August 2009 at 15:02  

Dapatkan pengalaman dari org2 'lama' dlm radio ini. Susah senang, jatuh bangun nya HAM di Ipoh ini. Jgn samakan dgn tempat lain, kerana di sini HAMnya agak 'unik'. Ustaz boleh jelas panjang lebar, dgn jgn segan silu nak jumpa dia untuk pendapat dan pengalaman

Post a Comment

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP