PUNCAK BUKIT KLEDANG IPOH

Friday 11 September 2009

YAHOO! CUTI

Laluan yang saya lalui setiap kali musim cuti sekolah iaitu Jambatan Tasik Banding

Hari Jumaat minggu depan saya akan mula bercuti lebih awal sehari dari rakan-rakan yang kerjayanya sama dengan saya. Kalau ikut pada "Perjanjian Boleh Ubah" yang termeterai 12 tahun lalu, sepatutmya tahun ni raya kat Terengganu, tapi sebagai suami yang baik(ada makna baik), tahun ni berubah plan. Saya akan raya kat Perak dulu kemudian malam raya ke 2 akan bergerak ke Besut.

Bukan apa, kalau raya kat Besut dulu, raya ke 2 dah nak kena balik ke Perak. Kalau raya kat Perak dulu, dapatlah bercuti lama sikit kat Besut. Untuk "rakan" yang baru hendak mendirikan rumahtangga, satu pesanan, akal mesti jalan.
Dalam kepala ni macam2 program dah dirancang.
1. Yang penting raya ni mesti bawa balik Da Bomb Tora Bora XC
Raya ke 4 dan ke 5 akan berkayuh mungkin ke Tok Bali(utk stamina BM Carnival nanti). Raya, raya jugak. Basikal jangan ditinggalkan
2 Raya ke 3 Majlis Rumah Terbuka kat Pasir Puteh. Perjumpaan rakan2 yang hampir 25 tahun tak berjumpa
3 Jumaat atau Sabtu bergerak semula ke Perak. Sebelum tu akan menyimpang dulu ke Rantau Panjang. Ambil stok dan cari beg Deuter(hydration bag untuk basikal)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP