PUNCAK BUKIT KLEDANG IPOH

Wednesday, 30 September 2009

ANAK SIAPAKAH INI

Terdetik di hati untuk meluahkan rasa sedih jika diperhatikan gambar di atas. ANAK SIAPAKAH INI. Al-kisahnya semasa minum bersama rakan-rakan di Sri Iskandar, terpandang pada seorang gadis bersama 3 remaja lelaki. Yang menyedihkan ialah apabila si gadis ini pada pandangan saya seorang penuntut IPTA (Wallahua’lam) tiba-tiba menyedut asap rokok dan yang menarik perhatian saya ialah dalam masa 5 minit dia boleh bersambung puntung rokok. Inilah dia remaja harapan negara. Tanpa segan silu dan dengan selamba si gadis ini menghembuskan asap rokok tanpa mempedulikan orang ramai. Nak hisap rokok atau tak nak merokok adalah hak peribadi masing2 tapi bila melihat perempuan merokok rasanya adab kita sebagai orang Melayu amat tidak sesuai. Bila sekali fikir apa saya peduli, itu duit dia. Dia punya pasallah.Tapi bila mengenangkan remaja melayu terutamanya perempuan itu yang amat menyedihkan


Read more...

Tuesday, 29 September 2009

KAYUHAN PRA BM 2 4/10/2009 (SALAK, SUNGAI SIPUT)

Kepada semua riders, sila ambil peluang ini. Marilah sama-sama kita berkayuh di Salak, Sungai Siput untuk kesihatan badan dan juga untuk saling kenal mengenal antara satu satu sama lain. Tentatif program seperti berikut:
Tarikh: 3/10/2009(Sabtu) dan 4/10/2009(Ahad)
3/10/2009(Sabtu Malam Ahad)
Masa: 8.30 malam
-Jamuan Hari Raya anjuran Salak Cycling Team (Semua riders dari SIT dan CYCLING HAMS MALAYSIA dijemput hadir)
- Bagi yang mahu bermalam di Salak, Homestay disediakan percuma
Tempat Jamuan: R&R Salak, Sungai Siput
4/10/2009(Ahad)
- Tayar bergolek: tepat jam 7.45 pagi
-Tempat berkumpul: R&R Salak, Sungai Siput
-Kategori: Offroad
-Jarak: +-30km
Kepada riders yang akan ke BM Carnival nanti, inilah peluang anda untuk memanaskan badan sebelum kita semua bertarung kat sana.

Read more...

Sunday, 27 September 2009

FRAME MTB CORRATEC WORLD CUP FOR SALE

-FRAME sahaja
-Model Corratec Super Bow World Cup
-Saiz 55 cm
-Harga: RM 2500 (nego)
-Sila hubungi: 012-5591400

Read more...

KAYUHAN PRA BM 1 SRI ISKANDAR

Alhamdulillah, pagi tadi seramai 15 riders telah menjalani latihan Pra BM di Sri Iskandar. Terima kasih juga kepada 9w2DMG ( Dato Megat) yang sudi datang untuk sama-sama berkayuh. Selesai berkayuh lebih kurang jam 11.40 kami semua ke rumah 9w2SBD untuk menjamu selera. Tq also kepada Sallehan.

Read more...

Saturday, 26 September 2009

KAYUHAN PEMANAS BADAN LEPAS RAYA

Raya ke 4 sempat juga bersama dengan Da Bomb saya berseorangan dari rumah kat kampung berkayuh menuju ke Kuala Besut dan terus ke Pantai Bukit Kelauang sejauh 28km. Walauoun jaraka tak berapa jauh, itupun kira oklah. Hajat dihati sebenarnya ingin berkayuh balik semula ke rumah, tapi hari tu kami adik-beradik telah merancang untuk berkelah di Pantai Dendong Bukit Keluang. Jadi kayuhan saya hanya setakat Bukit keluang saja dan Da Bomb dibawa pulang bersama Avanza

Da Bomb atas jambatan Kuala Besut dan di Pantai Bukit Keluang

P/S Posting lambat keluar kerana banyak benda yang terpaksa dibuat











Read more...

EYEBALL BERSAMA RAKAN-RAKAN BESUT, DUNGUN DAN TEMERLOH

Tahun ni agak ramai saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan HAM Pantai Timur. Hampir setiap malam saya eyeball dengan rakan-rakan HAM Pantai Timur.

Dari kiri 9w2SIA (Kak Lili Temerloh) , 9w2WZA(kAK Niza Dungun) ,9w2KTN(Wan Kuantan) ), 9w2BDM (Abg Mi, suami 9w2SIA), 9w2WNA (suami 9w2Wza Wan Dungun), 9w2ARP (Arman Bachok), 9w2RLL (Pak Su Li Jerteh)

Read more...

EYE BALL MALAM RAYA

Minta maaflah rakan2, hari ni baru sempat posting gambar rakan-rakan semasa eyeball. Maklumlah kat kampung streamyx dan broadband tak de.Malam raya hari tu sempat eyeball bersama rakan2 iaitu 9w2XVR (Khairul), 9w2NZJ (Najib), 9w2ZCB, 9w2ZLA, 9w2HBC dan 9w2VEL. Kami eyeball hingga jam 2.30 pagi.Gambar bawah: Berbaju purple kiri 9w2NZJ (Najib) dan paling kanan 9w2VXR (Khairul)




Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP