PUNCAK BUKIT KLEDANG IPOH

Monday, 31 August 2009

SUDAH KEMBALI

Alhamdulillah saya dah selamat sampai kat Batu Gajah lebih kurang pukul 1.00 pagi tadi. Agak lewat juga sampai coz merayap dulu kat Rantau Panjang

Read more...

Wednesday, 26 August 2009

LUAR NEGERI 26-30/8/2009

Akan balik kampung daa!. Malam ni akan bertolak dan berada kat Besut sehingga hari Ahad.Semoga perjalanan saya sekeluarga akan selamat pergi dan balik, InsyaAllah

Read more...

Monday, 24 August 2009

REGISTRATION FEES

Kepada semua pengayuh-pengayuh CYCLING HAMS MALAYSIA diminta menjelaskan yuran penyertaan BM MOUNTAINBIKE CARNIVAL 2009 selewat-lewatnya besok samada kepada saya atau Sallehan. Ini khusus bagi wilayah Ipoh, Simpang Pulai, Batu Gajah dan Sri Iskandar. Harap Maklum.
Bawah ni lak list nama yang dah di booking tempat dibawah reserved for KT Cycletron kalau anda check kat list penyertaan nama anda masih tak keluar selagi belum bayar.
Bil Rider Name
1 AHMAD RAKIMI MOHAMAD (9W2RKM)
2 AIRON SHAH NAJMUDDIN (SWAL)
3 AZHAR MOHAMAD (9W2ATD)
4 AZIZUL ADLAN MOHD ADNAN (9W2DMG)
5 BADROLZAMAN RAMLI (SWAL)
6 EIMIZA QAMAL AZMI (SWAL)
7 FAIZUL MUSI (9W2DTL)
8 JAMIL RAMLI (9W2VZO)
9 KAMALUL ARIFIN AHMAD (SWAL)
10 KAMARULZAMAN HARUN (SWAL)
11 KHAIRUL AZMIN ANANG (9W2ROT)
12 MAZLAN ABDUL MALEK (9W2ONK)
13 MOHD AZAM KARDANI (9W2SLR)
14 MOHD AZURIN ABD WAHAB (9W2KRX)
15 MOHD KASWAN KHAZALI (SWAL)
16 NAJDI ISMAIL (9W2DFA)
17 NASIRUDDIN MAT SAAD (9M2NNL)
18 NOOR HISHAM SHAHRUL (9W2OCC)
19 SAIFUL AZMI MAT A'AZID (9W2SPO)
20 SAIFUL FIRDAUS ABDUL SHUKOR (9M2JEN)
21 SALLEHAN DIN (9W2SBD)
22 SHAHARUDDIN MANSURDIN (SWAL)
23 WAN NAJMUDIN (9W2VIP)
24 ZAUDI LEBAI MAT (SWAL)
25 ZULKARNAN ABDUL (SWAL)

Read more...

Friday, 21 August 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Didoakan kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam semoga amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini akan dimakbulkan oleh Alla s.w.t insyaAllah.

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."
Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith
Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.
Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.
Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.
Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.
"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan
Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.
Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:
Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.
Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka.
Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.
Selamat Berpuasa dan wassalam.

Read more...

Wednesday, 19 August 2009

BERHATI-HATI BILA QSO

Terlebih dahulu kemaafan dipinta seandainya coretan ini mengguris mana-mana hati. Terimalah pandangan saya ini sebagai satu nasihat untuk kita renungi bersama dan kalau tak boleh terima abaikan saja.
Terdengar satu pebualan di simplex..... diantara 2 rakan HAM. Semuanya ok bila QSO, tapi bila sampai satu bahagian itu yang membuatkan saya mencelah masuk. Maafkan saya kerana masuk semasa anda QSO secara kurang ajar. Kalau anda katakan cara saya itu salah, memang saya akui kesilapan saya. Sayapun baru dalam HAM radio ini, cuma lama sikit daripada anda. Tapi bila salah seorang rakan itu memburukkan rakan-rakan di simplex..... dan repeater..... itu yang membuatkan saya masuk secara melulu. Bila kita qso bukan saya seorang saja yang monitor, bahkan mungkin ramai yang monitor. Anda hendak memuji rakan-rakan disimplex..... itu tak menjadi masalah. Tapi bila anda menghentam secara umum rakan-rakan disimplex.... dan repeater.... itu yang menjadi masalah. Walaupun anda mengatakan itu pendapat peribadi anda, tapi janganlah mention simplex... dan repeater.... secara terang-terangan. Bukan tak ada cara untuk anda menyatakan ketidakpuasanhati anda. Anda boleh gunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan orang lain. Ingat! Ramai antara rakan-rakan Ham yang suka scan frekuensi. Kalau anda tak suka pada seseorang jangan libatkan orang lain secara umum. Jadi, nasihat saya tolong berhati-hati bila anda qso supaya tidak ada lagi hati-hati lain yang terguris

Read more...

Sunday, 16 August 2009

LETIH, PENAT TAPI SERONOK

Fuuh! Berbaloi sakan 117.98km
Antara awek-awek UITM yang menunggu kami kat SMK. Ambross Air Tawar
Semua separuh mati semasa berehat kat surau Bandar Venice Sri Manjung
Sempat lagi pekena Mr. Cendol kat Air Tawar semasa on the way balik



Read more...

Friday, 14 August 2009

KAYUHAN BASIKAL UITM SRI ISKANDAR-TELUK BATIK

Kepada semua rider yang terlibat, waktu berkumpul ialah pada pukul 7.00 pagi 15/8/2009 (Sabtu)di kampus UITM Sri Iskandar dan flag off pada pukul 7.30 pagi. Terima kasih kepada pihak UITM Sri Iskandar kerana mempelawa rakan-rakan luar untuk turut serta
Yang syoknya dapat baju dan semua sekali ditanggung. Just bawa basikal je!

Read more...

Sunday, 9 August 2009

LYE HUAT GARDEN JITRA

Kesempatan diambil selepas program Kedah Jamboree di Jitra. Sudah lama tidak melawat ke taman ini. Lokasinya tak jauh dari kampung Asun sekiranya bergerak dari bandar Jitra. Bagi yang ingin melawat ke Jitra, tak rugi rasanya untuk masuk ke taman ini. Selain artifak bersejarah dari Cina, terdapat juga mini zoo yang disediakan. Bayaran masuk ialah sebanyak RM4 bagi kanak-kanak dan RM10 bagi orang dewasa Ikan Arapaima
Burung Cenderawasih
Tempat Rujukan bagi kaki basikal tua
Koleksi batu-batu jed

Read more...

Saturday, 8 August 2009

KAYUHAN MALAM SERI ISKANDAR

Malam tadi bersama-sama rakan cyclist dari Parit dan Seri Iskandar kami memulakan kayuhan dari SIDEC menuju ke ladang kambing(walaupun kambing dah tido). Antara rakan HAM yang turut serta ialah 9m2NNL beserta rakan SWL. Program kayuhan malam ini akan diteruskan setiap minggu iaitu hari Jumaat malam Sabtu termasuk pada bulan puasa nanti. Nak kayuh kat Ipoh sambutan kawan2 kat sana dah mula berkurangan. Jadi saya kena mencari rakan-rakan lain yang ingin berkayuh malam. Semuanya atas kehendak kita. HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK .........
Minta maaf kerana gambar posting kat sini tak berapa cantik. (guna HP je)

Read more...

Friday, 7 August 2009

PEGAWAI WARAN 1 DAN 2 SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PERAK

Setelah 4 hari berkampung di PULARES (Pusat Latihan Kadet Remaja Sekolah) Batu Gajah yang bermula dari 3-6/8/2009 maka hari ini tamatlah kursus bagi pelajar sekolah menengah untuk mendapatkan pangkat pegawai waran 1 dan 2
Sebahagian kontigen yang mengambil bahagian
















Read more...

Monday, 3 August 2009

KEDAH JAMBOREE 2009 III

































































































































Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP