PUNCAK BUKIT KLEDANG IPOH

Sunday 28 December 2008

Alhamdulillah petang ni akan berakhirlah tahun 1429H yang penuh dengan nostalgia pahit manis dalam kehidupan. Banyak benda baru yang wujud dalam diri ini dan tak kurang juga benda-benda pahit yang terpaksa ditelan. Walaubagaimanapun syukur ke hadrat Allah kerana dipanjangkan umur sehingga ke hari ini dan saya doakan semoga kehidupan kami sekeluarga akan aman damai dimurahkan lagi rezeki pada tahun 1430H. dah dua tiga hari tak update blog kerana terlalu sibuk dengan tugasan. Kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H. Didoakan anda semua berada dibawah lindungan Allah s.w.t
" HIJRAH MEMBINA MASA DEPAN UMMAH "
Alhamdulillah, kita telah memasuki tahun baru Hijrah 1430, dan pada masa yang sama menerima kedatangan tahun baru Masihi 2009. Bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah tahun ini, maka mimbar akan memperkatakan khutbah bertajuk: "HIJRAH MEMBINA MASA DEPAN UMMAH".

Ma'al Hijrah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat Radhiallahu 'Anhum. Program hijrah adalah satu langkah Rasulullah SAW yang amat strategik dalam menegakkan dakwah Islamiah. Perlu kita ingat bahawa berjayanya hijrah menjadi jambatan tertegaknya daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang padu. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 100:

Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejayaan Nabi SAW tiba di Madinah al-Munawwarah diteruskan pula dengan agenda membangun negara yang berteraskan petunjuk al-Quranul Karim. Dalam masa 10 tahun, Madinah telah berjaya mengalahkan kuasa besar Rom Timur dan Parsi. Pengajaran penting kepada kita daripada peristiwa hijratur Rasul ialah perlunya kita mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW yang menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong kepada tugas berhijrah.

Justeru itu, kita perlu berusaha menyuburkan iman dan takwa agar ia menjadi panduan kepada kehidupan kita. Adalah satu hakikat bahawa pemantapan iman amat bergantung kepada pendidikan. Maka, Islam memberi penekanan terhadap pendidikan melalui penjelasan yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11:
Maksudnya: "Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan."

Pendidikan adalah matlamat utama melahirkan individu muslim yang berilmu dan membina masa depan ummah contoh. Peredaran zaman telah memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia itu sendiri termasuklah cara bertindak dan berfikir. Bagi menjana ummah berkualiti, pendidikan yang bersepadu dan menyeluruh yang melibatkan farhu 'ain, fardhu kifayah dan teknologi maklumat perlu dititikberatkan.

Persoalan besar timbul ialah sejauh manakah penguasaan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan di negara ini?. Berdasarkan pemerhatian dalam bidang-bidang tertentu seperti ilmu matematik, sains fizik, kimia, biologi, kejuruteraan, perubatan dan bidang-bidang sains yang lain, di dapati bahawa umat Islam ketinggalan jauh berbanding pencapaian kaum-kaum lain. Ini merupakan cabaran hebat kepada umat Islam di negara ini dalam usaha membina masa depan yang cemerlang.

Kita semua sedia maklum bahawa pendidikan yang berkesan tidak akan terlaksana jika ia tidak dijayakan secara bersungguh-sungguh serta mendapat kejasama dan sokongan dari semua pihak terutama institusi keluarga. Ibu bapa sebagai ketua keluarga seharusnya peka dan prihatin terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya bersama. Ibu bapa perlu menyediakan prasarana yang baik di rumah bagi memastikan anak-anak dapat belajar dan mengulangkaji pelajaran mereka dengan selesa dan sempurna.

Proses pendidikan rasmi dibangku sekolah merupakan medan terbaik untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia seterusnya membawa mereka kemercu kecemerlangan dan kegemilangan. Akan tetapi usaha ini tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan, sekiranya ibu bapa menyerahkan tugas mendidik anak-anak ini kepada pihak sekolah secara mutlak. Sewajarnya tugas mendidik diteruskan oleh ibu bapa ketika anak-anak bersama mereka. Sebagai contoh, anak-anak telah diajar tentang cara bersolat dibangku sekolah tetapi perlaksanaannya perlu dipantau dan diteruskan di rumah. Andaikata berlaku pengabaian dalam aspek ini maka akan pincanglah proses pendidikan itu. Soalnya apakah kita sudah pun melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna?.

Mimbar yang mulia ini menyeru semua pihak terutama ibubapa, marilah kita sama-sama bertindak secara proaktif memastikan masa depan generasi lebih cemerlang dengan usaha-usaha berikut:
Pertama:memperkasa sektor pendidikan yang menjadi teras membina masa depan keluarga, generasi dan negara;
Kedua:ibubapa perlu berusaha dan berkorban menyediakan peruntukkan yang sewajarnya untuk pendidikan;
Ketiga:ibubapa perlu membuat kajian dan analisis dari masa ke masa tentang kekuatan, kelemahan, cabaran dan ancaman yang dihadapi dalam membina pendidikan cemerlang; dan
Keempat: merancang dan menyediakan pelan tindakan supaya matlamat pendidikan anak-anak memenuhi keperluan dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 9:
Maksudnya: " Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."
(petikan daripada khutbah Jumaat)

Read more...

Thursday 25 December 2008

Alhamdulillah selamat juga sampai ke KL dari Batu Gajah. Terima kasih kepada rakan2 PRADAS yang sudi menjadi penunjuk jalan untuk saya sampai ke Taman Bukit Ampang. Terima kasih banyak2 kepada PR DH @ 9W2RDH yang sudi tunggu saya.Juga terima kasih kepada kawan2 di V25 (Pak Lang, Tok Uban, Abg Iman, Pak Long.Pukul 12am nanti dah nak kena pukat dengan Pak Lang pulak

Read more...

Friday 19 December 2008


KONVOI RAKAN HAM PASIR PUTEH DAN KOTA BHARU BERSAMA KELUARGA
Alhamdulillah sempat juga "pukat" cikgu Man 9w2WCL, Pak Su In (9w2RCM) dan rakan-rakan (minta maaf lupa callsign). Semuanya 5 kereta yang dalam perjalanan ke Cameron Highland dari Taping. Pada awalnya saya tak tahu demo ni nak datang, nasib baik Pak Nasir (9M2NNL) yang beritahu. Kalau tak, terlepaslah peluang nak jumpa diaorang. Dahlah balik raya haji hari tu tak sempat pergi "lapor diri" kat Pasir Puteh. Minta maaf rakan-rakan Pasir Puteh. Terima kasih juga pada cikgu Man yang sudi singgah kat capati Simpang Pulai. Tak ramai rakan Ipoh yang datang kerana kedatangan mereka ke ipoh adalah tak rasmi dan mungkin juga rakan Ipoh tak monitor di simplex dan juga repeater. Apapun cikgu Man and the gang dah selamat sampai ke Cameron Highland. Sepatutnya hari ni balik ke Pasir Puteh tapi dilanjutkan 1 hari lagi. Semoga selamat sampai ke lokasi masing-masing esok.




















































Read more...

Tuesday 9 December 2008

BALIK KAMPUNG

Alhamdulillah 6/12/2008 saya sekeluarga bergerak juga untuk balik ke kampung di Jerteh, Terengganu.Bila kawan-kawan diIpoh tanya bila balik kampung, jawapan yang selalu diberikan ialah waktu pagi. Tapi biasalah, pagi tak pagi lebih kurang pukul 3pm baru bergerak. Dalam keadaan hujan renyai-renyai dan traffic jam di highway utara selatan,perut mula berkeroncong.
Demi perut punya pasal singgahlah kejap di R&R tasik Raban. tapi saya tak makan ikan sungai.Tengok jelah XYL dan harmonic makan talapia bakar besar sikit daripada tapak tangan RM10??? tepuk dada tanya selera (agak mahal)
Meneruskan perjalanan dan selamat sampai lebih kurang pukul 10 malam


Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP