PUNCAK BUKIT KLEDANG IPOH

Wednesday, 30 September 2009

ANAK SIAPAKAH INI

Terdetik di hati untuk meluahkan rasa sedih jika diperhatikan gambar di atas. ANAK SIAPAKAH INI. Al-kisahnya semasa minum bersama rakan-rakan di Sri Iskandar, terpandang pada seorang gadis bersama 3 remaja lelaki. Yang menyedihkan ialah apabila si gadis ini pada pandangan saya seorang penuntut IPTA (Wallahua’lam) tiba-tiba menyedut asap rokok dan yang menarik perhatian saya ialah dalam masa 5 minit dia boleh bersambung puntung rokok. Inilah dia remaja harapan negara. Tanpa segan silu dan dengan selamba si gadis ini menghembuskan asap rokok tanpa mempedulikan orang ramai. Nak hisap rokok atau tak nak merokok adalah hak peribadi masing2 tapi bila melihat perempuan merokok rasanya adab kita sebagai orang Melayu amat tidak sesuai. Bila sekali fikir apa saya peduli, itu duit dia. Dia punya pasallah.Tapi bila mengenangkan remaja melayu terutamanya perempuan itu yang amat menyedihkan


Read more...

Tuesday, 29 September 2009

KAYUHAN PRA BM 2 4/10/2009 (SALAK, SUNGAI SIPUT)

Kepada semua riders, sila ambil peluang ini. Marilah sama-sama kita berkayuh di Salak, Sungai Siput untuk kesihatan badan dan juga untuk saling kenal mengenal antara satu satu sama lain. Tentatif program seperti berikut:
Tarikh: 3/10/2009(Sabtu) dan 4/10/2009(Ahad)
3/10/2009(Sabtu Malam Ahad)
Masa: 8.30 malam
-Jamuan Hari Raya anjuran Salak Cycling Team (Semua riders dari SIT dan CYCLING HAMS MALAYSIA dijemput hadir)
- Bagi yang mahu bermalam di Salak, Homestay disediakan percuma
Tempat Jamuan: R&R Salak, Sungai Siput
4/10/2009(Ahad)
- Tayar bergolek: tepat jam 7.45 pagi
-Tempat berkumpul: R&R Salak, Sungai Siput
-Kategori: Offroad
-Jarak: +-30km
Kepada riders yang akan ke BM Carnival nanti, inilah peluang anda untuk memanaskan badan sebelum kita semua bertarung kat sana.

Read more...

Sunday, 27 September 2009

FRAME MTB CORRATEC WORLD CUP FOR SALE

-FRAME sahaja
-Model Corratec Super Bow World Cup
-Saiz 55 cm
-Harga: RM 2500 (nego)
-Sila hubungi: 012-5591400

Read more...

KAYUHAN PRA BM 1 SRI ISKANDAR

Alhamdulillah, pagi tadi seramai 15 riders telah menjalani latihan Pra BM di Sri Iskandar. Terima kasih juga kepada 9w2DMG ( Dato Megat) yang sudi datang untuk sama-sama berkayuh. Selesai berkayuh lebih kurang jam 11.40 kami semua ke rumah 9w2SBD untuk menjamu selera. Tq also kepada Sallehan.

Read more...

Saturday, 26 September 2009

KAYUHAN PEMANAS BADAN LEPAS RAYA

Raya ke 4 sempat juga bersama dengan Da Bomb saya berseorangan dari rumah kat kampung berkayuh menuju ke Kuala Besut dan terus ke Pantai Bukit Kelauang sejauh 28km. Walauoun jaraka tak berapa jauh, itupun kira oklah. Hajat dihati sebenarnya ingin berkayuh balik semula ke rumah, tapi hari tu kami adik-beradik telah merancang untuk berkelah di Pantai Dendong Bukit Keluang. Jadi kayuhan saya hanya setakat Bukit keluang saja dan Da Bomb dibawa pulang bersama Avanza

Da Bomb atas jambatan Kuala Besut dan di Pantai Bukit Keluang

P/S Posting lambat keluar kerana banyak benda yang terpaksa dibuat











Read more...

EYEBALL BERSAMA RAKAN-RAKAN BESUT, DUNGUN DAN TEMERLOH

Tahun ni agak ramai saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan HAM Pantai Timur. Hampir setiap malam saya eyeball dengan rakan-rakan HAM Pantai Timur.

Dari kiri 9w2SIA (Kak Lili Temerloh) , 9w2WZA(kAK Niza Dungun) ,9w2KTN(Wan Kuantan) ), 9w2BDM (Abg Mi, suami 9w2SIA), 9w2WNA (suami 9w2Wza Wan Dungun), 9w2ARP (Arman Bachok), 9w2RLL (Pak Su Li Jerteh)

Read more...

EYE BALL MALAM RAYA

Minta maaflah rakan2, hari ni baru sempat posting gambar rakan-rakan semasa eyeball. Maklumlah kat kampung streamyx dan broadband tak de.Malam raya hari tu sempat eyeball bersama rakan2 iaitu 9w2XVR (Khairul), 9w2NZJ (Najib), 9w2ZCB, 9w2ZLA, 9w2HBC dan 9w2VEL. Kami eyeball hingga jam 2.30 pagi.Gambar bawah: Berbaju purple kiri 9w2NZJ (Najib) dan paling kanan 9w2VXR (Khairul)




Read more...

Saturday, 19 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Sedar tak sedar, hari ini adalah hari terakhir kita semua berpuasa. Insyaallah esok kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Di kesempatan ini saya memohon jutaan kemaafan daripada rakan-rakan semua sekiranya tutur kata saya agak laser semasa QSO di udara dan sebagainya. Maafkan juga segala perbuatan saya yang terkasar bersama dengan anda semua.

Read more...

Friday, 18 September 2009

AKHIRNYA KAU MUNCUL JUGA DALAM KELUARGA KAMI

Setelah puas mencari dimerata tempat terutamanya Bandaraya Ipoh, aku masih tidak bertemu dengan 'kau'. Sehinggalah malam tadi baru dapat kita bersua. Itupun setelah ke Kuala Lumpur. Syukur 'kau' hadir jua dalam keluarga kami. Semoga 'kau' selesa bersama kami "Leez'

Owner baru bersama Proton T-Blaze Yellow Tiger(saiz 13")

Read more...

Thursday, 17 September 2009

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE 2009-2) 16/12/2009

Kepada semua rakan SWAL, notis PEPERIKSAAN RAE 2009-2 telah dikeluarkan oleh pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). SEGALA MAKLUMAT BOLEH DIDAPATI KAT SINI

Read more...

Monday, 14 September 2009

KAYUHAN PRA BM MTB CARNIVAL 1


Untuk pegetahuan rider kita akan buat 2 trip kayuhan sebelum BM MTB carnival. Kepada semua riders diminta bersedia dengan jentera masing-masing. Kayuhan Pra BM 1 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 27/9/09 (Ahad)
Tayar bergolek: 7.30 Pagi (Mesti Tepati masa)
Tempat berkumpul : Restoran Salam Taman Maju, Sri Iskandar
Jarak:
1. Road +- 20 km
2. Off Road: +- 40 km
Untuk Pra BM MTB Carnival 2 akan menyusul kemudian.

Read more...

Saturday, 12 September 2009

KAYUHAN MALAM MINGGU SRI ISKANDAR-PARIT-SRI ISKANDAR

Seramai 17 riders mengambil bahagian dalam kayuhan malam ini yang mangambil jarak sejauh 37.8km bermula dari pukul +- 11.00 malam dan sampai semula ke Sri Iskandar pukul 1.00 pagi. Masa yang diambil agak lama bukan apa, sampai je kat pekan Parit kami pekena dulu air dan mee goreng kat medan selera di Parit.Dalam perjalanan ke Parit kami terserempak dengan YB Nizar iaitu selaku penaung Seri Iskandar Cycling Team.






































Read more...

Friday, 11 September 2009

YAHOO! CUTI

Laluan yang saya lalui setiap kali musim cuti sekolah iaitu Jambatan Tasik Banding

Hari Jumaat minggu depan saya akan mula bercuti lebih awal sehari dari rakan-rakan yang kerjayanya sama dengan saya. Kalau ikut pada "Perjanjian Boleh Ubah" yang termeterai 12 tahun lalu, sepatutmya tahun ni raya kat Terengganu, tapi sebagai suami yang baik(ada makna baik), tahun ni berubah plan. Saya akan raya kat Perak dulu kemudian malam raya ke 2 akan bergerak ke Besut.

Bukan apa, kalau raya kat Besut dulu, raya ke 2 dah nak kena balik ke Perak. Kalau raya kat Perak dulu, dapatlah bercuti lama sikit kat Besut. Untuk "rakan" yang baru hendak mendirikan rumahtangga, satu pesanan, akal mesti jalan.
Dalam kepala ni macam2 program dah dirancang.
1. Yang penting raya ni mesti bawa balik Da Bomb Tora Bora XC
Raya ke 4 dan ke 5 akan berkayuh mungkin ke Tok Bali(utk stamina BM Carnival nanti). Raya, raya jugak. Basikal jangan ditinggalkan
2 Raya ke 3 Majlis Rumah Terbuka kat Pasir Puteh. Perjumpaan rakan2 yang hampir 25 tahun tak berjumpa
3 Jumaat atau Sabtu bergerak semula ke Perak. Sebelum tu akan menyimpang dulu ke Rantau Panjang. Ambil stok dan cari beg Deuter(hydration bag untuk basikal)

Read more...

Thursday, 10 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA, BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT DAN SOLAT TERAWIH SMK PUSING





















Read more...

Wednesday, 9 September 2009

WOW! BOLEH TAHAN

ALAH BISA TEGAL BIASA. AKAN KU DAKI JUA KAU NANTI. TUNGGUUU!











Read more...

Tuesday, 8 September 2009

SAYAPUN NAK RAYA JUGAK!!!

Kalau orang ramai sibuk sekarang cari baju baru, kasut baru, seluar baru dan semuanya baru, saya sebagai tuan kepada blog yang menghubungkan maklumat kepada semua akan memberikan wajah baru kepada blog ini. Baju baru blog ni masih dalam pembikinan. So sabar kawan-kawan

Read more...

DALAM PROSES KEMAS KINI

Blog ni tak complete lagi. Dalam Proses. Bye. Nak Tido!

Read more...

Sunday, 6 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PARTS (PERAK AMATEUR RADIO TRANSMITTER SOCIETY)

Sekitar suasana semasa majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh rakan-rakan radio amatur bersama Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak sebagai tetamu jemputan khas





















































































Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP