PUNCAK BUKIT KLEDANG IPOH

Sunday, 31 May 2009

AJK SERI ISKANDAR CYCLING TEAM (SIT)

PENAUNG:
YB. DRS. MOHD NIZAR(AHLI PARLIMEN PARIT)
PENGERUSI:
ZAUDI B LEBAI MAT
NAIB PENGERUSI:
PROF. ASZHAR
SETIAUSAHA:
SALLEHAN B DIN
BENDAHARI:
NAJDI B ISMAIL
AJK:
1 HJ. MOHD NOR B ZAKRIAH
2 KAMARULZAMAN B HARUN
3 NASIR B SAAD
4 RAKIMI
5 SHAHRUDIN B MANSURDIN
6 ABDULLAH SANI
7 FAIZUL B MUSI
PERANCANGAN PROGRAM TAHUN 2009
1 KAYUHAN PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT
PENGURUS PROJEK> KAMARULZAMAN B HARUN
2 SERI ISKANDAR EXPLORATION
pENGURUS PROJEK> ZAUDI B LEBAI MAT
3 UTP-SIT ENDURANCE
PENGURUS PROJEK> SALLEHAN B DIN
4 KAYUHAN SERI ISKANDAR-GUA MUSANG-SERI ISKANDAR
PENGURUS PROJEK> NASIR B SAAD

Read more...

EKSPO PERDAGANGAN ANJURAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)

Ekspo Perdagangan KPDNHEP 29/5-2/6/2009 di Dataran MBI
Harmonic saya bersama Pak Yop (9w2YOP) di booth Perak FM




Read more...

Friday, 29 May 2009

MAJLIS PENUTUP TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN KE 35

KEPUTUSAN MTQ
SEKOLAH MENENGAH
TILAWAH LELAKI
JOHAN- PULAU PINANG
NAIB JOHAN- PERLIS
KETIGA- KELANTAN
TILAWAH PEREMPUAN
JOHAN- KELANTAN
NAIB JOHAN- MELAKA
KETIGA- PERAK
HAFAZAN LELAKI
JOHAN- PERAK
NAIB JOHAN- JOHOR
KETIGA- NEGERI SEMBILAN
HAFAZAN PEREMPUAN
JOHAN- KEDAH
NAIB JOHAN- PERAK
KETIGA- TERENGGANU
SYARAHAN LELAKI
JOHAN- MELAKA
NAIB JOHAN- PERAK
KETIGA-KELANTAN
SYARAHAN PEREMPUAN
JOHAN- KEDAH
NAB JOHAN- MELAKA
KETIGA- PAHANG
SEKOLAH RENDAH
TILAWAH LELAKI
JOHAN- KUALA LUMPUR
NAIB JOHAN- KEDAH
KETIGA- MELAKA
TILAWAH PEREMPUAN
JOHAN- KEDAH
NAIB JOHAN- JOHOR
KETIGA- PERAK
HAFAZAN LELAKI
JOHAN- PULAU PINANG
NAIB JOHAN- KELANTAN
KETIGA- KEDAH
HAFAZAN PEREMPUAN
JOHAN- PULAU PINANG
NAIB JOHAN- SELANGOR
KETIGA- PERAK
BERCERITA KISAH-KISAH AL-QURAN LELAKI
JOHAN- SELANGOR
NAIB JOHAN- PERAK
KETIGA- JOHOR
BERCERITA KISAH-KISAH AL-QURAN PEREMPUAN
JOHAN- KELANTAN
NAIB JOHAN- KEDAH
KETIGA- JOHOR
























Read more...

Friday, 22 May 2009

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN KE 35

Satu lagi tugas bakal menunggu minggu depan iaitu pada 25-28/5/2009 iaitu sebagai Pegawai Perhubungan kepada pegawai pelajaran negeri yang akan turut serta dalam majlis tersebut.
Sebelum tu dijemput kepada rakan-rakan yang ada kelapangan untuk menyaksikan pertandingan tilawah al-Quran termasuk juga pertandingan nasyid yang bertempat di INTIM(sebelah masjid Jalan Dairy) dan SMA Izuddin Shah.
Walaupun tak pernah terlibat sebagai Pegawai Perhubungan Peringkat kebangsaan, saya menerima jawatan ini dengan hati terbuka kerana bukan semua dikalangan guru-guru agama yang terpilih.
Jadual yang diberikan agak ketat yang bermula dari pukul 7.00 pagi sehinggalah pukul 2.00 petang dan saya ditugaskan untuk menjaga/menguruskan Ketua Kontigen dari Sarawak yang dijangka tiba pada 25hb nanti. Apapun diharapkan program ini akan berjalan lancar, insyaAllah

Read more...

Wednesday, 20 May 2009

MINGGU YANG SIBUK + KELAM KABUT

Kebanyakan sekolah pada minggu ini telah bermula peperiksaan pertengahan tahun 2009. Sebagai tenaga pengajar mulai minggu ini kami agak sibuk untuk marking paper pelajar. Semoga anak-anak anda yang menghadapi peperiksaan didoakan semoga mereka akan berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah

Read more...

Monday, 18 May 2009

KAYUHAN PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT PARLIMEN BOTA

Kepada rakan-rakan yang telah mendaftarkan nama kepada saya dukacita dimaklumkan bahawa tarikh kayuhan yang telah diberitahu kepada anda telah ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.Harap maklum.

Read more...

Friday, 15 May 2009

SELAMAT HARI GURU

LUAHAN HATI SEORANG GURU
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Setiap tahun pada 16 hb Mei maka inilah hari yang disambut oleh semua guru sempena Hari Guru. Tahun ini Hari Guru yang ke 38 adalah bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa. Profesion Perguruan kalau dulu dianggap sebagai Low Class. Tapi sekarang? Anda semua yang boleh tafsirkan.
Sayapun seorang guru. Alhamdlillah tahun ini berganjak satu lagi Gred dari yang lama ke Gred yang baru. Sedar tak sedar dah hampir 12 tahun saya bertugas mendidik anak-anak disekitar daerah Batu Gajah ini. Bukannya kami para guru mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak didik kami. Bukannya kami mengharapkan hadiah daripada para pelajar pada hari guru. Bagi kami, kami hanya mengharapkan kejayaan berpihak pada anak-anak didik kami. Sesetengah orang mengatakan tugas guru agak senang. Masuk pagi keluar lebih kurang pukul 1 petang. Anda semua tak merasa sebagaimana kami rasa.Setiap pekerjaan ada beban tugas masing-masing.
Kami bertungkus lumus mendidik para pelajar supaya berjaya tapi adakalanya kami disalahkan walaupun bukan kami yang buat sesuatu ke atas para pelajar. Sayapun hairan kenapa sekarang kebanyakan ibu bapa terlalu manja dan percayakan anak-anak sekiranya anak-anak mengadu sesuatu perkara tentang guru. Kenapa ibu bapa sekarang cepat sangat melenting. Kalau kita renung semula zaman persekolahan kita sekitar tahun 90an ke bawah, sekiranya anak-anak mengadu dipukul oleh guru kerana melakukan sesuatu kesalahan, bukan guru yang dimarah, bukan guru yang dipukul dan bukan guru yang disaman, sebaliknya anak-anak yang dimarah. Silap hari bulan kena ”tibai” lagi oleh ibu bapa kat rumah. Tapi sekarang, apabila timbul satu-satu masalah kat sekolah, guru yang dipersalahkan. Mana kami nak perhatikan semua pelajar di dalam kelas. Sikap anak-anak sebenarnya bukan bermula masalahnya dari sekolah, tapi dari rumah. Sebab itu Nabi Muhammad bersada yang bermaksud ”SETIAP BAYI ITU DILAHIRKAN BERSIH SEPERTI KAIN YANG PUTIH. IBUBAPANYALAH YANG MENCORAKKAN BAYI TERSEBUT SAMADA MENJADI YAHUDI, NASRANI ATAU MAJUSI”
Memang tak dapat dinafikan bukan semua guru adalah perfect. Ada juga segelintir guru yang menjatuhkan maruah profesion guru lain. Itu hanya sebahagian kecil. Jangan disebabkan sebahagian kecil yang membuat salah kami yang lainpun dipersalahkan juga. Apapun............
>SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2009<
"Guru Pembina Negara Bangsa"

Read more...

Monday, 11 May 2009

SENDER SD 941-H







General
Frequency Range: 144.0000-146.0000 MHz.
(Boleh open band dari 136.000-174.000mhz)
Channel No.:199 Channel /50 Group of CTCSS
Frequency General:Synthesizwe (F3E)
Mode Type: FM (F3E)
Channel Spacing: 25 KHz./ 12.5 KHz.
Working Temparature:-20 C to +55 C
Working Voltage:7.4 v DC.
Low Voltage Indicator:The battery is lower than 6 v.
Frequency Stability:+/-5ppm
Case:BlackDimension
51x90x28 mm. (W x Hx D)Weight 190 g.
Transmitter: Output Power Hi : 5 W. Lo: 1W.
Transmitting Frequency Error :+/-500 Hz
Transmitting Current: Hi< color="#cc0000">Modulation Sensitivity
+/- 5.0 KHz Mic Input 1 Hk.
Transmitting Distortion -63 dBm.
Tone Frequency Deviation
-Spurious Radiation 63dB.:Adjacent Channel power <-63dBm. Harmonious Wave:-63 dBm. Receiveren sitivity<> 500 mW. Distortion <5% color="#ff0000">Spec lain:
-Channel dan frekuensi display(boleh
Set nama
-VOX
-bateri 1200mah
-waranti 1 tahun
-Satu kompeni dengan model SPENDER
-TOT
-Auto PO
-narrow/wide
-step:5,6.5,10.12.5,25
-DCS scan
-CT scan
-APO
-Roger beep (3 beep)









Read more...

Monday, 4 May 2009

MENCANDAT SOTONG

Sesetengah daripada kita ramai yang tidak mengetahui bagaimana sotong ditangkap. Di Pantai Timur sotong ditangkap menggunakan kaedah yang tertentu. Untuk mengetahuinya marilah kita sama-sama membaca artikel ini untuk menambah ilmu pengetahuan.
Musim yang dianggap paling sesuai untuk mencandat sotong adalah sekitar akhir bulan Mac hingga Julai kerana ketika itu angin kencang musim timur taut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur. Air menjadi sejuk dan sesuai untuk sotong mengawan. Aktiviti mencandat sotong di Pantai Timur lebih meriah jika dibandingkan dengan Pantai Barat. Apabila musim sotong tiba bagaikan sedang berpesta apabila kerlipan cahaya yang berfungsi untuk menarik perhatian sotong berkumpul menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gelita. Waktu mencandat sotong biasanya bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing. Antara jenis-jenis sotong yang boleh didapati di kawasan perairan tersebut seperti sotong rimau atau dikenali sotong mengabang di Pantai Timur, sotong jarum, sotong torok, sotong cumit-cumit dan sebagainya. Hasil tangkapan sotong seseorang itu mampu mencapai ratusan kilogram semalaman. jika menjumpai kawasan sotong bertelur atau dikenali sebagai “Kandang Sotong” yang merupakan tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur. Lazimnya di kawasan kandang sotong ini, ikan-ikan keci! sukar didapati kerana habitat sotong yang menjadi pemangsa kepada ikan-ikan kecil ini.. Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan pada waktu bulan mengambang penuh, sotong bergerak bebas kerana tertarik dengan cahaya bulan.
Jenis-Jenis Candat dan Cara Penggunaannya
Terdapat 3 jenis candat yang biasa digunakan :
1) Candat Berbentuk besi halus yang panjang. Terdapat 2 baris mata kail dibawahnya dan setiap baris dilengkap dengan sepuluh atau lebih mata kail. Cara Penggunaan: Sediakan umpan yang sesuai seperti ikan kembung, selayang, tambang atau ikan yang saiznya tidak melebihi batang besi candat tersebut. Mulakan dengan memotong ekor ikan dan ikan tersebut dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menutup cili itu. Dimainkan tanpa menggunakan pemberat. Sesuai digunakan untuk sotong torak
2) Candat Twist - Bentuk candat ini lebih kurang sama dengan pencil. Biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat dan dilengkap dengan matakail bersisir dibawahnya yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibalut dengan kain bercorak semacam udang yang biasanya benwarna jngga, merah, hijau dan biru. Cara Penggunaan:Tidak memerlukan umpan dan hanya perlu memasukkan terus dari tangkal candat kecil yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu petromak. Menyentap tali tersebut apabila sotong menyambarnya. Sesuai digunakan untuk sotong torak, ketupat dan sotong jarum.
3) Candat Udang - Candat Berbentuk udang dengan pemberat di dada. Terdapat pelbagai jenis candat ini di pasaran. Sama ada berbadan licin ataupun mempunyai kain kasar. Namun ia lebih kepada pemilihan warna dan berat candat yang digunakan. Terdapat berbagai ukuran dan berat candat, dan ada yang terapung sepenuhnya. Warna merah jambu, oren dan biru didapati merupakan antara warna utama dalam pemilihan warna candat. Berat candat biasanya ditemui adalah dari 6 gm hingga 33 gm. Candat 3.5 merupakan antara candat universal yang digunakan oleh kebanyakkan penggila candat.Cara penggunaan: la hampir sama dengan penggunaan gewang biasa, ukuran candat yang lebih besar selalunya digunakan sekiranya banyak sotong-sotong kecil yang sering dicandat. Namun faktor berat candat perlu dititik-beratkan sekiranya terdapat alun, angin kuat, arus dan juga faktor kedalaman yang hendak diperolehi. Ada yang mengambil jalan mudah dengan menambahkan pemberat pada candat, sekiranya perubahan perlu dibuat. Walaupun jatuhan atau apungan dasar sudah terganggu disebabkan oleh penambahan berat, sotong masih lagi boleh dipancing http://www.tmonline.com.my/candat_sotong2009/
Untuk 9w2SBD dan 9w2FAN, jangan lupa PROJEK kita pada 3-4/6/09 nanti.

Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP