NASI BERLAUK ORI KELANTAN
Bersama-sama lima lagi riders kami bertolak dari Batu Gajah melalui Taman Botani terus ke Medan Gopeng then ke Stadium pekena nasi berlauk real Kelantan punya(RM2 je). Murah Oooo!. Mana-mana rakan yang nak mencuba silalah ke Stadium Indera Mulia Ipoh. Dari situ bergabung bersama Rakimi dan Lizan bergerak ke Tambun, Ampang kemudian berpecah dan kami meneruskan kayuhan balik ke Batu Gajah. Walaupun tak berapa jauh, sekurang-kurang kami dapat membimbing riders baru iaitu Nizan yang memakai basikal Orbea. Minggu depan insyaAllah kita layan pulak Pos Slim






