LAYAN OFFROAD LAGI
Hari ini aku menyahut lagi cabaran rakan-rakan untuk turun ke offroad berbasikal. Bersama dengan 9m2NNL, 9w2SBD, dan rakan dari PPD Perak Tengah, kami berempat bergerak dari Sri Iskandar jam 7.40 pagi ke lokasi. Mengikut Pak Nasir laluan yang bakal kami lalui ini agak mencabar berbanding route yang aku lalui bersama Salehan dua hari lepas.
Route pertama yang kami lalui ialah melalui Jalan ke Felda Nasiruddin melalui jalan kelapa sawit, sawah padi terus ke kampung yang akupun lupa namanya.Walaupun laluan offroad lebih kurang 16km tapi agak mencabar bagi aku yang baru berjinak dengan laluan offroad. Keluar dari route pertama, kami ke route kedua iaitu jalan kelapa sawit bersententangan dengan simpang ke felda Nasiruddin (belah kanan simpang di jalan utama).Baru je masuk dah kena tukar gear 2 belakang, 1 depan. Laluan lagi mencabar kerana bukitnya lebih kurang 45' kecerunannya.Bila downhill lagi mencabar, maklumlah Da Bomb aku tak pakai disc brake. Terpaksalah hati-hati. Yang paling sedih ialah meter basikal aku entah kemana jatuhnya.Kali ni baru aku alami sendiri dengan naik bukit,turun bukit, redah lumpur dan yang tak lalunya ialah terpaksa kendong basikal untuk melepasi parit. Bagi Rakan-rakan yang nak cuba jom kita. Keseluruhan perjalanan hari ni lebih kurang 40km m
0 comments:
Post a Comment