PUNCAK BUKIT KLEDANG IPOH

Friday, 22 May 2009

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN KE 35

Satu lagi tugas bakal menunggu minggu depan iaitu pada 25-28/5/2009 iaitu sebagai Pegawai Perhubungan kepada pegawai pelajaran negeri yang akan turut serta dalam majlis tersebut.
Sebelum tu dijemput kepada rakan-rakan yang ada kelapangan untuk menyaksikan pertandingan tilawah al-Quran termasuk juga pertandingan nasyid yang bertempat di INTIM(sebelah masjid Jalan Dairy) dan SMA Izuddin Shah.
Walaupun tak pernah terlibat sebagai Pegawai Perhubungan Peringkat kebangsaan, saya menerima jawatan ini dengan hati terbuka kerana bukan semua dikalangan guru-guru agama yang terpilih.
Jadual yang diberikan agak ketat yang bermula dari pukul 7.00 pagi sehinggalah pukul 2.00 petang dan saya ditugaskan untuk menjaga/menguruskan Ketua Kontigen dari Sarawak yang dijangka tiba pada 25hb nanti. Apapun diharapkan program ini akan berjalan lancar, insyaAllah

0 comments:

Post a comment

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP