PUNCAK BUKIT KLEDANG IPOH

Wednesday, 30 September 2009

ANAK SIAPAKAH INI

Terdetik di hati untuk meluahkan rasa sedih jika diperhatikan gambar di atas. ANAK SIAPAKAH INI. Al-kisahnya semasa minum bersama rakan-rakan di Sri Iskandar, terpandang pada seorang gadis bersama 3 remaja lelaki. Yang menyedihkan ialah apabila si gadis ini pada pandangan saya seorang penuntut IPTA (Wallahua’lam) tiba-tiba menyedut asap rokok dan yang menarik perhatian saya ialah dalam masa 5 minit dia boleh bersambung puntung rokok. Inilah dia remaja harapan negara. Tanpa segan silu dan dengan selamba si gadis ini menghembuskan asap rokok tanpa mempedulikan orang ramai. Nak hisap rokok atau tak nak merokok adalah hak peribadi masing2 tapi bila melihat perempuan merokok rasanya adab kita sebagai orang Melayu amat tidak sesuai. Bila sekali fikir apa saya peduli, itu duit dia. Dia punya pasallah.Tapi bila mengenangkan remaja melayu terutamanya perempuan itu yang amat menyedihkan


2 comments:

Jai 1 October 2009 at 09:57  

Sedihh ustaz..memang sedih. Tambah pulak bertudung..apakah bertudung sekarang ini hanya sebagai fesyen atau iainya melambangkan kesopanan dan ketaatan????

Handle : 9W2HKR / SAIFUL Saltmine : Hospital Kampar, Perak 9 October 2009 at 11:22  

selamba jer minah tue hisap rokok. Dah lar bertudung lak tue. Tue yg melambangkn islam.. Mcm xder apa2 makna jer yg dipkai nyer tudung..

Post a Comment

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP