PUNCAK BUKIT KLEDANG IPOH

Wednesday 29 April 2009

KAYUHAN BERSAMA RAKAN-RAKAN SIT (SERI ISKANDAR TEAM)

Mana-mana rakan yang ada kelapangan untuk berkayuh bolehlah turut serta.
Tarikh: 1 Mei 2009 (Jumaat)
Masa : 7.30 Pagi (Tayar bergolek dari Batu Gajah Perdana @ Seri Iskandar) - Akan bertemu dengan rakan dari SIT di persimpangan Bali
Route : Batu Gajah Perdana @ Seri Iskandar > Bali >Air Denak > Batu Tujuh (Jln Tg. Tualang) > Batu 4 Chenderong > Batu Gajah > Batu Gajah Perdana @ Seri Iskandar

Read more...

Tuesday 28 April 2009

TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA

SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI SEORANG WARGANEGARA MALAYSIA DENGAN

MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN 2008
TARIKH AKHIR PENYERAHAN BORANG IALAH PADA
30/4/2009

Read more...

Monday 20 April 2009

LAYAN OFFROAD LAGI

Hari ini aku menyahut lagi cabaran rakan-rakan untuk turun ke offroad berbasikal. Bersama dengan 9m2NNL, 9w2SBD, dan rakan dari PPD Perak Tengah, kami berempat bergerak dari Sri Iskandar jam 7.40 pagi ke lokasi. Mengikut Pak Nasir laluan yang bakal kami lalui ini agak mencabar berbanding route yang aku lalui bersama Salehan dua hari lepas.

Route pertama yang kami lalui ialah melalui Jalan ke Felda Nasiruddin melalui jalan kelapa sawit, sawah padi terus ke kampung yang akupun lupa namanya.Walaupun laluan offroad lebih kurang 16km tapi agak mencabar bagi aku yang baru berjinak dengan laluan offroad. Keluar dari route pertama, kami ke route kedua iaitu jalan kelapa sawit bersententangan dengan simpang ke felda Nasiruddin (belah kanan simpang di jalan utama).Baru je masuk dah kena tukar gear 2 belakang, 1 depan. Laluan lagi mencabar kerana bukitnya lebih kurang 45' kecerunannya.Bila downhill lagi mencabar, maklumlah Da Bomb aku tak pakai disc brake. Terpaksalah hati-hati. Yang paling sedih ialah meter basikal aku entah kemana jatuhnya.Kali ni baru aku alami sendiri dengan naik bukit,turun bukit, redah lumpur dan yang tak lalunya ialah terpaksa kendong basikal untuk melepasi parit. Bagi Rakan-rakan yang nak cuba jom kita. Keseluruhan perjalanan hari ni lebih kurang 40km m
maklumlah meter dah hilang.




































































































































Read more...

Saturday 18 April 2009

FIRST TIME OFFROAD

Setelah sekian lama di"racun" oleh rakan-rakan, baru hari ini aku bersama 9w2SBD turun untuk ke offroad.Asalnya akan turun bersama 5 lagi rakan tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hanya kami berdua saja yang turun. Keseluruhan perjalanan sejauh 28.73km.Kalau sebelum ni tayar cantik je, tapi tengok jelah.Perjalanan agak mencabar bagi beginner seperti aku. Lepas ni rasanya nak cuba route yang lebih mencabar sikit.






Read more...

Friday 17 April 2009

CUBA OFFROAD PULAK

Sapa2 nak join jomlah.
7.30 Pagi esok (18/4/09)
Berkumpul kat Petronas Bandar U
Bandar U > Air Denak > Kg. Bali > UTP > Bandar U >

Read more...

Monday 6 April 2009

PERASMIAN RAKAN MUDA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK

Pada 4/4/2009 Program Rakan Muda Sekolah Peringkat negeri Perak telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Datuk Sri Ismail di sekolah Menengah Tun Menteri Changkat Jering, Taiping. Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil







































































































Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP