Friday, 29 May 2009
Friday, 22 May 2009
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN KE 35
Satu lagi tugas bakal menunggu minggu depan iaitu pada 25-28/5/2009 iaitu sebagai Pegawai Perhubungan kepada pegawai pelajaran negeri yang akan turut serta dalam majlis tersebut.
Sebelum tu dijemput kepada rakan-rakan yang ada kelapangan untuk menyaksikan pertandingan tilawah al-Quran termasuk juga pertandingan nasyid yang bertempat di INTIM(sebelah masjid Jalan Dairy) dan SMA Izuddin Shah.
Walaupun tak pernah terlibat sebagai Pegawai Perhubungan Peringkat kebangsaan, saya menerima jawatan ini dengan hati terbuka kerana bukan semua dikalangan guru-guru agama yang terpilih.
Jadual yang diberikan agak ketat yang bermula dari pukul 7.00 pagi sehinggalah pukul 2.00 petang dan saya ditugaskan untuk menjaga/menguruskan Ketua Kontigen dari Sarawak yang dijangka tiba pada 25hb nanti. Apapun diharapkan program ini akan berjalan lancar, insyaAllah
Wednesday, 20 May 2009
MINGGU YANG SIBUK + KELAM KABUT
Monday, 18 May 2009
KAYUHAN PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT PARLIMEN BOTA
Friday, 15 May 2009
SELAMAT HARI GURU
Setiap tahun pada 16 hb Mei maka inilah hari yang disambut oleh semua guru sempena Hari Guru. Tahun ini Hari Guru yang ke 38 adalah bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa. Profesion Perguruan kalau dulu dianggap sebagai Low Class. Tapi sekarang? Anda semua yang boleh tafsirkan.
Sayapun seorang guru. Alhamdlillah tahun ini berganjak satu lagi Gred dari yang lama ke Gred yang baru. Sedar tak sedar dah hampir 12 tahun saya bertugas mendidik anak-anak disekitar daerah Batu Gajah ini. Bukannya kami para guru mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak didik kami. Bukannya kami mengharapkan hadiah daripada para pelajar pada hari guru. Bagi kami, kami hanya mengharapkan kejayaan berpihak pada anak-anak didik kami. Sesetengah orang mengatakan tugas guru agak senang. Masuk pagi keluar lebih kurang pukul 1 petang. Anda semua tak merasa sebagaimana kami rasa.Setiap pekerjaan ada beban tugas masing-masing.
Kami bertungkus lumus mendidik para pelajar supaya berjaya tapi adakalanya kami disalahkan walaupun bukan kami yang buat sesuatu ke atas para pelajar. Sayapun hairan kenapa sekarang kebanyakan ibu bapa terlalu manja dan percayakan anak-anak sekiranya anak-anak mengadu sesuatu perkara tentang guru. Kenapa ibu bapa sekarang cepat sangat melenting. Kalau kita renung semula zaman persekolahan kita sekitar tahun 90an ke bawah, sekiranya anak-anak mengadu dipukul oleh guru kerana melakukan sesuatu kesalahan, bukan guru yang dimarah, bukan guru yang dipukul dan bukan guru yang disaman, sebaliknya anak-anak yang dimarah. Silap hari bulan kena ”tibai” lagi oleh ibu bapa kat rumah. Tapi sekarang, apabila timbul satu-satu masalah kat sekolah, guru yang dipersalahkan. Mana kami nak perhatikan semua pelajar di dalam kelas. Sikap anak-anak sebenarnya bukan bermula masalahnya dari sekolah, tapi dari rumah. Sebab itu Nabi Muhammad bersada yang bermaksud ”SETIAP BAYI ITU DILAHIRKAN BERSIH SEPERTI KAIN YANG PUTIH. IBUBAPANYALAH YANG MENCORAKKAN BAYI TERSEBUT SAMADA MENJADI YAHUDI, NASRANI ATAU MAJUSI”
Memang tak dapat dinafikan bukan semua guru adalah perfect. Ada juga segelintir guru yang menjatuhkan maruah profesion guru lain. Itu hanya sebahagian kecil. Jangan disebabkan sebahagian kecil yang membuat salah kami yang lainpun dipersalahkan juga. Apapun............
>SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2009<
Read more...
Monday, 11 May 2009
SENDER SD 941-H
.jpg)
.jpg)
Frequency Range: 144.0000-146.0000 MHz.
(Boleh open band dari 136.000-174.000mhz)
Channel No.:199 Channel /50 Group of CTCSS
Frequency General:Synthesizwe (F3E)
Mode Type: FM (F3E)
Channel Spacing: 25 KHz./ 12.5 KHz.
Working Temparature:-20 C to +55 C
Low Voltage Indicator:The battery is lower than 6 v.
Frequency Stability:+/-5ppm
Case:BlackDimension
51x90x28 mm. (W x Hx D)Weight 190 g.
Transmitter: Output Power Hi : 5 W. Lo: 1W.
Transmitting Frequency Error :+/-500 Hz
+/- 5.0 KHz Mic Input 1 Hk.
Transmitting Distortion -63 dBm.
Tone Frequency Deviation
-Spurious Radiation 63dB.:Adjacent Channel power <-63dBm. Harmonious Wave:-63 dBm. Receiveren sitivity<> 500 mW. Distortion <5% color="#ff0000">Spec lain:
-Channel dan frekuensi display(boleh
Set nama
-VOX
-bateri 1200mah
-waranti 1 tahun
-Satu kompeni dengan model SPENDER
-TOT
-Auto PO
-narrow/wide
-step:5,6.5,10.12.5,25
-DCS scan
-CT scan
-APO
-Roger beep (3 beep)
Monday, 4 May 2009
MENCANDAT SOTONG
Musim yang dianggap paling sesuai untuk mencandat sotong adalah sekitar akhir bulan Mac hingga Julai kerana ketika itu angin kencang musim timur taut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur. Air menjadi sejuk dan sesuai untuk sotong mengawan. Aktiviti mencandat sotong di Pantai Timur lebih meriah jika dibandingkan dengan Pantai Barat. Apabila musim sotong tiba bagaikan sedang berpesta apabila kerlipan cahaya yang berfungsi untuk menarik perhatian sotong berkumpul menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gelita. Waktu mencandat sotong biasanya bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing. Antara jenis-jenis sotong yang boleh didapati di kawasan perairan tersebut seperti sotong rimau atau dikenali sotong mengabang di Pantai Timur, sotong jarum, sotong torok, sotong cumit-cumit dan sebagainya. Hasil tangkapan sotong seseorang itu mampu mencapai ratusan kilogram semalaman. jika menjumpai kawasan sotong bertelur atau dikenali sebagai “Kandang Sotong” yang merupakan tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur. Lazimnya di kawasan kandang sotong ini, ikan-ikan keci! sukar didapati kerana habitat sotong yang menjadi pemangsa kepada ikan-ikan kecil ini.. Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan pada waktu bulan mengambang penuh, sotong bergerak bebas kerana tertarik dengan cahaya bulan.
Jenis-Jenis Candat dan Cara Penggunaannya
Terdapat 3 jenis candat yang biasa digunakan :
1) Candat Berbentuk besi halus yang panjang. Terdapat 2 baris mata kail dibawahnya dan setiap baris dilengkap dengan sepuluh atau lebih mata kail. Cara Penggunaan: Sediakan umpan yang sesuai seperti ikan kembung, selayang, tambang atau ikan yang saiznya tidak melebihi batang besi candat tersebut. Mulakan dengan memotong ekor ikan dan ikan tersebut dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menutup cili itu. Dimainkan tanpa menggunakan pemberat. Sesuai digunakan untuk sotong torak
Untuk 9w2SBD dan 9w2FAN, jangan lupa PROJEK kita pada 3-4/6/09 nanti. Read more...



.jpg)
.jpg)

